BAB 2
TENGKU Isma Danish terus memandu pulang setelah minum bersama-sama Danisha dan Zakiah di café dekat asrama mereka. Lama betul Tengku Isma Danish tidak ke UM. Bila berada di café tadi, dia rasa macam pelajar semula. Teringat zaman belajar dulu, enjoy betul. Tengku Isma Danish bersiul-siul senang hati. Tidak perasan, tingkahnya diperhatikan oleh isterinya. Tajam mata Rozita memandangnya.
“Lambatnya, you pergi mana?” Rozita menegur dari anjung sebelah kiri rumah mereka. Tegurannya itu mematikan langkah Tengku Isma Danish.
“Laaa…you dah balik ke? Awal pula you balik hari ni? Tak ada meeting ke? Tak outing ke?” selamba sahaja Tengku Isma menjawab pertanyaan isterinya. Bukan menjawab sebenarnya, tetapi menyoal semula. Menyindir pun ye juga.
“You ni sengaja nak cari gaduh ke? Bukannya tiap-tiap hari I keluar. You sendiri pun bukannya lekat di rumah. Jangan nak salahkan I pula.” Sindiran Tengku Isma Danish yang agak pedih itu dijawab dengan selamba sahaja oleh Rozita.
“Sayang….I tak ada di rumah, sebab you tak ada di rumah. Kalau you ada di rumah, sure I ngadap muka you sahaja….tapi…itu dululah. Sekarang ni, I tak kesah dah. You nak jadi surirumah ke, you nak kerja ke, whatever…terpulang pada you. I memang tak kesah dah!” Tengku Isma Danish terus masuk ke dalam rumah. Malas sebenarnya hendak melayan isterinya itu. Kadang-kadang terasa hairan juga dia. Malah ada masanya dia tertanya-tanya sendiri, apa sebenarnya yang terjadi dalam rumahtangganya. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Dua tahun mereka manyulam cinta. Bertunang dua bulan dan terus bernikah. Dia merasa bahagia hanya empat tahun pertama perkahwinan mereka. Selepas itu, entah di mana silapnya, ikatan itu menjadi semakin hambar. Dari hari ke hari rasa sayang itu semakin pupus. Hilang entah ke mana. Sebenarnya, Tengku Isma Danish tahu apa yang menyebabkan rumahtangga mereka jadi hambar. Tetapi dia tidak mahu menerima hakikat itu. Tidak percaya, wanita yang dicintai sanggup menduakannya. Sungguh dia tidak percaya.
Tengku Isma Danish masuk ke biliknya. Sementara menunggu masuk waktu magrib, dia membersihkan dirinya. Terkenang pula telatah Zakiah dan Danisha. Tengku Isma tersenyum.
“Allah…..lupa pula hendak minta contact number minah berdua tu…Aduh rugi betul!” Tengku Isma Danish mengeluh sendirian sambil menepuk dahinya. Apa punya kepalalah, benda penting macam itu pun boleh lupa. Kan dah rugi! Tidak ada rezeki betul hendak berbaik-baik dengan adik-adik berdua tu. Suka tenguk kenakalan mereka. Haila nasib. Bukan mudah hendak berjumpa lagi. Aduh…apalah bengap sangat. Tidak habis-habis Tengku Isma Danish marahkan diri sendiri.
Ketukan pintu biliknya mengejutkan Tengku Isma Danish. Apa lagilah yang hendak dibebelkan oleh isterinya itu. Sebenarnya, Tengku Isma Danish malas hendak mendengar bebelan Rozita. Tengku Isma Danish sendiri tidak tahu bagaimana caranya hendak berdepan dengan Rozita. Sejak kejadian dua bulan lepas, Tengku Isma Danish jadi buntu, mati akal. Selama ini, walaupun Tengku Isma Danish merasa tidak berapa bahagia, dia masih bersabar. Cuba mencari jalan penyelesaian agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan. Dia juga malu sebenarnya. Dulu bonda tidak merestui pilihannya ini. Tetapi kerana cinta yang menggebu-gebu, dia tetap dengan kata-katanya juga. Malah sebagai anak lelaki tunggal, dia sanggup mengugut bondanya. Jika pilihannya tidak diterima, dia akan tinggalkan bumi Malaysia. Tinggal di Negara Barat. Kononnyalah. Mungkinkah kerana tiada restu, rumahtangganya jadi begini?
Tengku Isma Danish menapak malas menuju ke pintu. Ketukan berbunyi lagi. Tengku Isma Danish membuka pintu lambat-lambat.
“Tengku, makanan sudah siap, Puan menunggu Tengku.” Makcik Ani, pembantu rumahnya yang setia, menjemput dia makan. Ingatkan minah sengal kat bawah tu yang hendak menarik perhatiannya. Sudah lambat. Godaanmu tidak akan melembutkan hatiku lagi. Cewah!
“Makcik makanlah dengan cik puan tu ye. Saya dah kenyanglah makcik. Lagipun, lepas solat Isya’ nanti saya ada janji dengan kawan-kawan. Tentu ada makan-makan juga tu. Maaf, lupa nak bagitahu makcik awal-awal lagi.” Tengku Isma Danish menjelaskan kepada pembantu rumahnya itu.
“Tapi Tengku, cik puan dah lama tunggu Tengku, tak kesian ke pada dia, Tengku?” makcik Ani cuba jelaskan kepada Tengku Isma Danish. Kalau boleh dia ingin melihat keluarga ini seperti keluarga orang lain juga. Semuanya lengkap dalam rumah ini, tetapi penghuninya macam tidak dapat mengecap kebahagiaan. Entah apalah masalah mereka berdua ini.
“Mengadap dia, lagi saya tidak ada selera makcik. Erm…dah lama ke dia balik?” Tengku Isma Danish tidak pernah sembunyikan apa-apa dari pengetahuan makcik Ani. Orang tua itu dan suaminya sudah lama bekerja dengan Tengku Isma Danish. Sudah macam ibubapanya sendiri. Sejak Tengku Isma Danish beli rumah ini, mereka diambil bekerja di situ hinggalah kehari ini.
“Tengku keluar sekejap sahaja, cik puan pun balik dengan teksi…” jujur makcik Ani bercerita. Dia tahu sangat peel Tengku Isma Danish, bosnya itu tidak suka ditipu. Dan Cik puannya sudah banyak kali menipu suaminya sendiri. Agaknya itulah sebab bosnya tidak peduli lagi dengan cik puan yang cantik lawa itu.
“Oh…patutlah saya tidak nampak kereta dia. Naik teksi rupanya. Gaduh dengan boyfriend dia kot makcik…” Tengku Isma Danish membuat andaian sendiri.
“Betul Tengku tak nak makan ni?” makcik Ani bertanya untuk kesekian kalinya. Dia tidak mahu mengiyakan andaian bosnya itu. Sudah agak lama cik puannya menunggu di bawah. Kesian juga dia. Biarlah dia turun melihat cik puannya dahulu.
“Ermmm..makcik pergilah makan dengan dia. Saya letih, nak rehat sekejap.” Tengku Isma Danish terus menutup pintu biliknya. Malas hendak memikirkan hal isterinya itu.
Tengku Isma Danish duduk di atas kerusi malas yang terletak di balkoni dalam bilik tidurnya. Dia sangat suka melihat matahari terbenam. Jika ada kesempatan, dia memang tidak akan melepaskan peluang melihat pemandangan ini. Melihat fenomena yang indah ini menyedarkannya betapa besarnya anugerah Ilahi kepada manusia. Warna alam yang keorenan waktu itu cukup memikat hati Tengku Isma Danish. Bila matahari sudah terbenam habis barulah Tengku Isma Danish akan bangun dari kerusi malas itu. Empat tahun dia melihat matahari terbenam bersama Rozita. Rasanya saat-saat indah itu cukup sukar untuk berulang lagi. Ingat lagi, mula-mula kahwin dulu, Rozita pernah bertanya kepadanya tentang hobinya itu.
“You ni suka tenguk matahari ye?” Rozita menghampiri Tengku Isma Danish yang bersandar ditepi tingkap melihat matahari terbenam. Tengku Isma Danish menarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Bahagianya memeluk isteri sambil melihat keajaipan ciptaan Allah.
“Cantikkan sayang? I kalau dapat mengadap matahari jatuh macam ni, tak buat apa pun tak pe.” Tengku Isma Danish menerangkan. Ubun-ubun isterinya dikucup.
“Cantik? Tah…I tenguk biasa je.” Rozita menjawab acuh tak acuh sahaja. Baginya pemandangan itu sudah berzaman dilihatnya, sama sahaja. Tidak ada bezanya. Tidak pernah berubah pun. Dari dulu macam itulah juga.
“Kalau you nak tahu, tenguk matahari terbenam ni adalah hobi I. I ada berbelas album gambar-gambar matahari terbenam dimerata tempat. Bila I tak sibuk nanti, I bawa you baring-baring ditepi pantai sambil melihat matahari jatuh, nak tak? Then…we make love, sure best kan sayang..” Tengku Isma Danish mengucup bibir Rozita.
“You nampak cantik sangat bila terkena simbahan cahaya matahari senja begini.” Tengku Isma Danish memuji isterinya, Rozita.
Ahh….saat-saat indah begitu sudah berlalu. Rozita bukanlah perempuan yang jujur dalam beercinta. Sungguh tidak disangka-sangka, cinta Rozita palsu belaka. Rozita bercinta dengannya kerana cabaran semata-mata. Sakitnya hati bila dia mengetahui cerita sebenarnya. Saat itu, Tengku Isma Danish rasa seperti hendak membunuh diri. Larangan ibubapa diketepikan kerana seorang gadis yang amat dicintai. Tapi cintanya yang jujur, dipersendakan. Mujur baik ada makcik Ani dan pak cik Sudin. Merekalah yang sentiasa mendorongnya untuk melihat dunia dari aspek yang jauh lebih berfaedah. Cinta bukanlah keutamaan dalam hidup. Ada banyak benda lain lagi yang lebih memerlukan perhatiannya. Sejak itu, dia mula mengikut pak Sudin ke rumah ustaz Selamat. Mengaji semula. Al-Quran yang sudah lama disimpan dalam almari antik, dikeluarkan dan dibaca isi kandungannya dengan wajah yang lebih ceria. Dia lebih memahami kini.
3 comments:
aigoo..manyak sedap ini celita..wa suka gile2 ini celita..macam celita wa pulak..hahahahahahaha....(mira)
salam berkunjung..
blogwalking..
cepatlah sambung lagi
Post a Comment