Sunday 20 March 2011

sinar kasih bab 2


BAB 2

TENGKU Isma Danish terus memandu pulang setelah minum bersama-sama Danisha dan Zakiah di café dekat asrama mereka.  Lama betul Tengku Isma Danish tidak ke UM.  Bila berada di café tadi, dia rasa macam pelajar semula.  Teringat zaman belajar dulu, enjoy betul. Tengku Isma Danish bersiul-siul senang hati.  Tidak perasan, tingkahnya diperhatikan oleh isterinya.  Tajam mata  Rozita memandangnya.
        “Lambatnya, you pergi mana?”  Rozita menegur dari anjung sebelah kiri rumah mereka.  Tegurannya itu mematikan langkah Tengku Isma Danish.
        “Laaa…you dah balik ke?  Awal pula you balik hari ni?  Tak ada meeting ke? Tak outing ke?”  selamba sahaja Tengku Isma menjawab pertanyaan isterinya.  Bukan menjawab sebenarnya, tetapi menyoal semula.  Menyindir pun ye juga.
        “You ni sengaja nak cari gaduh ke?  Bukannya tiap-tiap hari I keluar.  You sendiri pun bukannya lekat di rumah.  Jangan nak salahkan I pula.”  Sindiran Tengku Isma Danish yang agak pedih itu dijawab dengan selamba sahaja oleh  Rozita.
        “Sayang….I tak ada di rumah, sebab you tak ada di rumah.  Kalau you ada di rumah, sure I ngadap muka you sahaja….tapi…itu dululah.  Sekarang ni, I tak kesah dah.  You nak jadi surirumah ke, you nak kerja ke, whatever…terpulang pada you.  I memang tak kesah dah!”  Tengku Isma Danish terus masuk ke dalam rumah.  Malas sebenarnya hendak melayan isterinya itu.  Kadang-kadang terasa hairan juga dia.  Malah ada masanya dia tertanya-tanya sendiri, apa sebenarnya yang terjadi dalam rumahtangganya.  Mereka berkahwin atas dasar cinta.  Dua tahun mereka manyulam cinta.  Bertunang dua bulan dan terus bernikah.  Dia merasa bahagia hanya empat tahun pertama perkahwinan mereka.  Selepas itu, entah di mana silapnya, ikatan itu menjadi semakin hambar.  Dari hari ke hari rasa sayang itu semakin pupus.  Hilang entah ke mana.  Sebenarnya, Tengku Isma Danish tahu apa yang menyebabkan rumahtangga mereka jadi hambar.  Tetapi dia tidak mahu menerima hakikat itu.  Tidak percaya, wanita yang dicintai sanggup menduakannya.  Sungguh dia tidak percaya.
Tengku Isma Danish masuk ke biliknya.  Sementara menunggu masuk waktu magrib, dia membersihkan dirinya.  Terkenang pula telatah Zakiah dan Danisha.  Tengku Isma tersenyum. 
        “Allah…..lupa pula hendak minta contact number minah berdua tu…Aduh rugi betul!”  Tengku Isma Danish mengeluh sendirian sambil menepuk dahinya.  Apa punya kepalalah, benda penting macam itu pun boleh lupa.  Kan dah rugi!  Tidak ada rezeki betul hendak berbaik-baik dengan adik-adik berdua tu.  Suka tenguk kenakalan mereka.  Haila nasib.  Bukan mudah hendak berjumpa lagi.  Aduh…apalah bengap sangat.  Tidak habis-habis Tengku Isma Danish marahkan diri sendiri.
Ketukan pintu biliknya mengejutkan Tengku Isma Danish.  Apa lagilah yang hendak dibebelkan oleh isterinya itu.  Sebenarnya, Tengku Isma Danish malas hendak mendengar bebelan Rozita.  Tengku Isma Danish sendiri tidak tahu bagaimana caranya hendak berdepan dengan  Rozita.  Sejak kejadian dua bulan lepas, Tengku Isma Danish jadi buntu, mati akal.  Selama ini, walaupun Tengku Isma Danish merasa tidak berapa bahagia, dia masih bersabar.  Cuba mencari jalan penyelesaian agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan.  Dia juga malu sebenarnya.  Dulu bonda tidak merestui pilihannya ini.  Tetapi kerana cinta yang menggebu-gebu, dia tetap dengan kata-katanya juga.  Malah sebagai anak lelaki tunggal, dia sanggup mengugut bondanya.  Jika pilihannya tidak diterima, dia akan tinggalkan bumi Malaysia.  Tinggal di Negara Barat.  Kononnyalah.  Mungkinkah kerana tiada restu, rumahtangganya jadi begini?
Tengku Isma Danish menapak malas menuju ke pintu.  Ketukan berbunyi lagi.  Tengku Isma Danish membuka pintu lambat-lambat.
        “Tengku, makanan sudah siap, Puan menunggu Tengku.”  Makcik Ani, pembantu rumahnya yang setia, menjemput dia makan.  Ingatkan minah sengal kat bawah tu yang hendak menarik perhatiannya.  Sudah lambat.  Godaanmu tidak akan melembutkan hatiku lagi.  Cewah!
        “Makcik makanlah dengan cik puan tu ye.  Saya dah kenyanglah makcik.  Lagipun, lepas solat Isya’ nanti saya ada janji dengan kawan-kawan.  Tentu ada makan-makan juga tu.  Maaf, lupa nak bagitahu makcik awal-awal lagi.” Tengku Isma Danish menjelaskan kepada pembantu rumahnya itu.

        “Tapi Tengku, cik puan dah lama tunggu Tengku, tak kesian ke pada dia, Tengku?”  makcik Ani cuba jelaskan kepada Tengku Isma Danish.  Kalau boleh dia ingin melihat keluarga ini seperti keluarga orang lain juga.  Semuanya lengkap dalam rumah ini, tetapi penghuninya macam tidak dapat mengecap kebahagiaan.  Entah apalah masalah mereka berdua ini.
        “Mengadap dia, lagi saya tidak ada selera makcik.  Erm…dah lama ke dia balik?”  Tengku Isma Danish tidak pernah sembunyikan apa-apa dari pengetahuan makcik Ani.  Orang tua itu dan suaminya sudah lama bekerja dengan Tengku Isma Danish.  Sudah macam ibubapanya sendiri.  Sejak Tengku Isma Danish beli rumah ini, mereka diambil bekerja di situ hinggalah kehari ini.
        “Tengku keluar sekejap sahaja, cik puan pun balik dengan teksi…” jujur makcik Ani bercerita.  Dia tahu sangat peel Tengku Isma Danish, bosnya itu tidak suka ditipu.  Dan Cik puannya sudah banyak kali menipu suaminya sendiri.  Agaknya itulah sebab bosnya tidak peduli lagi dengan cik puan yang cantik lawa itu.
        “Oh…patutlah saya tidak nampak kereta dia.  Naik teksi rupanya.  Gaduh dengan boyfriend dia kot makcik…”  Tengku Isma Danish membuat andaian sendiri.
        “Betul Tengku tak nak makan ni?”  makcik Ani bertanya untuk kesekian kalinya.  Dia tidak mahu mengiyakan andaian bosnya itu.   Sudah agak lama cik puannya menunggu di bawah.  Kesian juga dia.  Biarlah dia turun melihat cik puannya dahulu.
        “Ermmm..makcik pergilah makan dengan dia.  Saya letih, nak rehat sekejap.”  Tengku Isma Danish terus menutup pintu biliknya.  Malas hendak memikirkan hal isterinya itu.
Tengku Isma Danish duduk di atas kerusi malas yang terletak di balkoni dalam bilik tidurnya.  Dia sangat suka melihat matahari terbenam.  Jika ada kesempatan, dia memang tidak akan melepaskan peluang melihat pemandangan ini.  Melihat fenomena yang indah ini menyedarkannya betapa besarnya anugerah Ilahi kepada manusia.  Warna alam yang keorenan waktu itu cukup memikat hati Tengku Isma Danish.  Bila matahari sudah terbenam habis barulah Tengku Isma Danish akan bangun dari kerusi malas itu.  Empat tahun dia  melihat matahari terbenam bersama  Rozita.  Rasanya saat-saat indah itu cukup sukar untuk berulang lagi.  Ingat lagi, mula-mula kahwin dulu,  Rozita pernah bertanya kepadanya tentang hobinya itu.
        “You ni suka tenguk matahari ye?”  Rozita menghampiri Tengku Isma Danish yang bersandar ditepi tingkap melihat matahari terbenam.  Tengku Isma Danish menarik isterinya itu ke dalam pelukannya.  Bahagianya memeluk isteri sambil melihat keajaipan ciptaan Allah.
        “Cantikkan sayang?  I kalau dapat mengadap matahari jatuh macam ni, tak buat apa pun tak pe.”  Tengku Isma Danish menerangkan.  Ubun-ubun isterinya dikucup.
        “Cantik? Tah…I tenguk biasa je.”   Rozita menjawab acuh tak acuh sahaja.  Baginya pemandangan itu sudah berzaman dilihatnya, sama sahaja.  Tidak ada bezanya.  Tidak pernah berubah pun.  Dari dulu macam itulah juga.
        “Kalau you nak tahu, tenguk matahari terbenam ni adalah hobi I.  I ada berbelas album gambar-gambar matahari terbenam dimerata tempat.  Bila I tak sibuk nanti, I bawa you baring-baring ditepi pantai sambil melihat matahari jatuh, nak tak?  Then…we make love, sure best kan sayang..” Tengku Isma Danish mengucup bibir Rozita.
        “You nampak cantik sangat bila terkena simbahan cahaya matahari senja begini.” Tengku Isma Danish memuji isterinya, Rozita. 
Ahh….saat-saat indah begitu sudah berlalu.   Rozita bukanlah perempuan yang jujur dalam beercinta.  Sungguh tidak disangka-sangka, cinta  Rozita palsu belaka.   Rozita bercinta dengannya kerana cabaran semata-mata.  Sakitnya hati bila dia mengetahui cerita sebenarnya.  Saat itu, Tengku Isma Danish rasa seperti hendak membunuh diri.  Larangan ibubapa diketepikan kerana seorang gadis yang amat dicintai.  Tapi cintanya yang jujur, dipersendakan.   Mujur baik ada makcik Ani dan pak cik Sudin.  Merekalah yang sentiasa mendorongnya untuk melihat dunia dari aspek yang jauh lebih berfaedah.  Cinta bukanlah keutamaan dalam hidup.  Ada banyak benda lain lagi yang lebih memerlukan perhatiannya.  Sejak itu, dia mula mengikut pak Sudin ke rumah ustaz Selamat.  Mengaji semula.  Al-Quran yang sudah lama disimpan dalam almari antik, dikeluarkan dan dibaca isi kandungannya dengan wajah yang lebih ceria.  Dia lebih memahami kini.




Thursday 17 March 2011

Sinar Kasih - Bab 1

SETELAH penat berlari-lari anak, Danisha Khalida dan Zakiah mula menapak perlahan-lahan.  Mengatur langkah satu-satu sambil menghirup udara segar di Taman Tasik Perdana. Sudah lama tidak berjoging, terasa berat semuanya.  Badan bukanlah besar sangat, tapi beratnya boleh tahan jugalah.

        “Zek, aku rasa nak putus pinggang ni.  Baru jogging tiga round, semput gila dah ni…apa nak jadi dah.” Danisha Khalida mengadu hal kepada Zakiah.  Zakiah tergelak kecil.  Dia pun sama sebenarnya.  Sudah tiga bulan mereka tidak keluar berjoging.  Kononnya sibuk dengan kerja kursus, kelas dan ulangkaji pelajaran.  Hehehe, hampeh! Membuta yang lebih sebenarnya!  Kerja tidak sebanyak manapun.  Bila Danisha Khalida ajak jogging, Zakiah beri macam-macam alasan, begitulah juga sebaliknya.  Sudahnya inilah hasilnya, tiga bulan mereka tidak melakukan senaman yang betul-betul mengeluarkan peluh.  Setakat basah ketiak pergi dan balik kuliah adalah.  Itu saja peluh yang keluar.
        “Kau ingat, kau sorang saja ke yang penat? Kalau kau yang ramping, cekeding ini dah penat, aku yang bulat ni lebih lagilah.” Zakiah akhirnya mengaku juga.  Dalam keadaan begini, tidak perlulah hendak menunjuk siapa hebat.  Sudahnya tersungkur sendiri nanti.  Setakat hendak tunjuk hebat pada Danisha Khalida, tidak payah lah.  Menghabiskan beras sahaja.  Hehehe.

        “Jom, kita lepak dibangku tu, lenguh betul dah ni, kang peiwai pula aku nanti.” Danisha Khalida mengajak Zakiah berehat di bangku yang terletak berhampiran ‘stall burger’ di Taman Tasik Perdana itu.

        “Ini aku malas ni, lepak dekat dengan stall burger, sudahlah lapar, bau pula daging dibakar….sia-sia saje aku jogging.  Rasa nak makan burger lah pulak!” Zakiah mengomel sendirian. konon tidak mahu Danisha Khalida dengar, tapi ngomel kuat, sebatu dah boleh dengar suara Zakiah.   Danisha Khalida pun faham niat sebenarnya tu…hehehe.

        “Alah….kalau setakat sebiji burger, tak kanlah naik sekilo kut?” Danisha Khalida mengapi-apikan Zakiah.  Dia tahu benar, Zakiah pantang dengan bau-bauan daging bakar ni.  Seleranya mudah sahaja terbuka.  Kalau ke majlis yang ada bakar-bakar, ala-ala BBQ, carilah Zakiah dekat daging bakar, memang kat situlah dia bertapa.  Kalau ditanya buat apa kat situ, jawapannya ‘confirm’, aku menghidu haruman yang sangat nikmat.  Nikmat dunia!

        “Beb, janganlah goda aku.  Kaukan tahu kelemahan aku.  Nanti Kamal marah aku.  Ini pun dia dah bersunggut, makin tembam dia kata.  Aku tengah diet ni, kau sokonglah aku.  Kan dia terpikat kat kau, akuuuuu juga yang merana.  Kau tak kesian kat aku ke beb?” Zakiah buat muka seposen.  Memang comel Zakiah ni.  Orangnya agak berisi, tetapi tidaklah gemuk sangat.  Montel sikit sahaja.

        “Tak de maknanya Kamal tu nakkan aku.  Lagi pun, dia bukan taste akulah.  Dia memang suka perempuan cubby macam kau.  Dia pun besar gak, suailah tu dengan kau.  Jom aku belanja, kau nak ke  tidak ni?”  Danisha Khalida cuba memporak-perandakan benteng kesabaran Zakiah.  Alah, bukan kuat iman sangat tu…!

        “Beb!”  Zakiah memberontak. Cuba bertahan.  Makan free, ini yang susah ni.  Bukan mudah hendak dapat makan free ni, kena pula hujung-hujung bulan ni.

        “Offer tak ulang dua kali tau….nak tak? Last offer…”  Danisha Khalida menduga lagi.

        “Nakkkkkkk!”  pantas Zakiah menjawab.  Danisha Khalida gelak, tewas juga Zakiah akhirnya.  Memang faham sangat dengan kelemahan Zakiah.

        “Kau ni kan, memang tak kuat iman.” Danisha Khalida cubit Zakiah perlahan.

        “Ek eleh, dia yang goda kita, kita lak disalahkan…” Omel Zakiah.  Danisha Khalida senyum melerek.  Sekian lama berkawan dengan Zakiah, dia faham perangai sahabatnya itu.  Suka bercakap sendirian, kuat makan dan berangan.

Setelah menghabiskan burger masing-masing, mereka mula menapak ke tempat parkir kereta.  Itu jalan pintas menuju ke hentian bas.  Teduh sedikit.  Sambil berjalan, mereka berbual-bual kosong.  Macam-macam cerita ada.  Berjalan dengan Zakiah ni memang tidak kering gusi dibuatnya.  Ada sahaja benda yang hendak dibualkan.  Itu yang Danisha Khalida suka.  Danisha Khalida memang jenis berat mulut sedikit, namun bila berdepan dengan Zakiah, sikapnya itu berubah.  Zakiah pandai membuatkan Danisha Khalida  membuka mulut.

        “Weh, kau tenguk ni Nisha, ini kereta aku.  Orang pinjam buat harta sendiri pula, tak pulang-pulang kat aku, kesian aku kena menapak naik bas.” Zakiah menunjuk ke arah sebuah kereta BMW sport.  Dia memang biul sikit kalau tenguk kereta sport.  Macamlah mampu sangat hendak beli.  Danisha Khalida terkekeh-kekeh ketawa.  Memang faham benar dengan peel kawannya itu.  Berangan tak habis-habis.  Sehari kalau tidak berangan, tidak sah hidup Zakiah.

        “A ah lah Zek…kau share beli ngan Kamal kan!  Fulamak….chaiyok lah kereta kau.  Aku ingat student macam kita ni pokai, tak sangka kau kaya beb!”  Danisha Khalida sengaja menambahkan kegilaan Zakiah.  Mereka menghampiri kereta idaman Zakiah itu.  Zakiah siap tiup-tiup lagi kereta BMW itu.  Buang debu konon. Hehehe.  Kemudian, dia siap ‘posing lagi di tepi kereta itu.  Danisha Khalida ‘snap’ gambar Zakiah dengan kereta idamannya.  Senyum melerek Zakiah melihat wajahnya sendiri.

        “Pergh….cayalah.” Zakiah puji diri sendiri.  Memang biul.  Alah berangan, bukan kena bayar pun!  Kalau kena bayar, agaknya sudah berjuta-juta ringgit yang terpaksa Zakiah keluarkan.

        “Cantikkan Zek?  Berapa kau beli ni?” memang sengaja Danisha Khalida melayan ragam Zakiah.  Pecah lagi ketawa mereka.

        “Berapa ek, aku lupalah Nisha.  Kan Kamal yang bayarkan, kau ni pun, buat-buat lupa pula.  Kau nak naik?  Jom aku bawak kau jalan-jalan…heheheh”  Zakiah gelak lagi.  Tiba-tiba penggera kereta BMW itu dihidupkan.  Tuit, tuit…bunyinya itu mengejutkan Danisha Khalida.  Dia yang memang mudah terkejut itu terus memeluk tiang tempat parkir kereta itu.  Dalam kelam kabut itu, dia terdengar suara menegur mereka.
        “Hai…kenapa, kereta ni ada masalah ke?”  seorang pemuda berpakaian sukan menghampiri mereka.  Baru lepas jogging kot.  Peluh memercik didahinya.  
        “Tak de masalah, cuma saya terlupa nak bawa kuncinya” Zakiah tidak habis-habis dengan angan-angannya.  Pemuda itu tersenyum.  Gelihati juga dia melihat kelakuan dua orang gadis ini.  Dari tadi dia perhatikan telatah mereka.  Mulanya diingatkan pencuri, rupanya peminat kereta.  Kelakar tenguk lagak mereka berdua.  Yang cubby sikit ni memang lawak gila, gayanya sahaja sudah cukup buat Tengku Isma Danish ketawa.

        “Oh ye ke?  Eh, bukan tadi awak suruh saya pegang ke kunci kereta ni?” Tengku Isma Danish melayan kegilaan Zakiah.  Dia menghulurkan kunci kereta yang ada dalam genggamannya.

        “Hah?”  Zakiah terkedu.  Kelu.

Alamak, tuan punya kereta ke ni? Aduh…..  Danisha Khalida menutup mukanya.  Arrrr malunya.  Padan muka, baru kena buku dengan ruas.  Berangan lagi.  Aduh, mana nak sembunyi diri ni? Ampun-ampun.  Rasa hendak terbakar muka Danisha Khalida.  Salah dia juga, dah tahu Zakiah pantang tenguk kereta sport, diapi-apikan lagi.  Kalau dia buat tidak tahu sahaja tadi, mungkin mereka dah sampai ke asrama pun.

        “Sorry encik, saja bergurau je tadi.”  Tersipu-sipu Zakiah meminta maaf.  Sudah buat salah, kenalah minta maaf.  Perangai memang gila-gila, tapi adab tetap dijaga.  Orang timur katakan.  Cewah!

        “Tak ada hal.  Saudari berdua nak ke mana ni?  Boleh saya hantarkan.  By the way, I’m Danish.”  Sempat lagi Tengku Isma Danish menghulurkan salam perkenalan.  Dia suka melihat gadis berdua ini.  Nampak muka baik-baik.  Comel-comel pula tu.  Tidak salah menambah koleksi kawan perempuan, kan?  Kalau kawan-kawannya tahu, tentu mereka kata Tengku Isma Danish ulat bulu.  Pantang tenguk perempuan cantik.  Hakikatnya Tengku Isma Danish tidaklah begitu.  Dulu mungkin, masa bujang.  Bila sudah beristeri, dia setia pada yang satu.  Tetapi kesetiaannya tidak dihargai.  Erm….nasib badan.

        “Eh eh…macam.sama pula.  Kawan saya ni Danisha Khalida.   Saya Zakiah.  Terima kasih sahajalah encik Danish, kami nak balik ke asrama, kat depan tu ada bas.  Biar kami naik bas sahaja.”  Zakiah menolak perlahan.  Kenal pun tidak, tak kanlah tiba-tiba sahaja hendak menumpang kereta orang pula.  Nampak murah benar.  Dalam hati hendak juga sebenarnya.  Heheheh.  Bukan senang beb hendak naik kereta mewah.  Tambah pula tuan punyanya ‘handsome’ bangat. 

        “Asrama?  Oh budak sekolah ke  ni?”  Tengku Isma Danish bertanya ramah.

        “Budak U encik Danish.  UM.   kami ni ada roman budak sekolah lagi ke?.”  Zakiah menjawab bagi pihak mereka berdua.  Dia memang selalu jadi jurucakap kalau keluar dengan Danisha Khalida.  Minah tu berat sikit mulutnya.  Sengeh je yang dia tahu.

        “Eh….sehala tu.  Jomlah saya hantarkan.  Serius ni, saya bukan main-main” Tengku Isma Danish masih lagi membuat tawaran kepada kedua-dua gadis itu.  Rasa seronok juga kalau ada kawan dalam perjalanan pulang nanti.  Tidaklah beku kepala otak melayan diri.

         “Tidak menyusahkan encik ke?”  Zakiah sudah mula lembut.  Tengah penat ni, elok juga kalau ada yang sudi hantar.  Silap haribulan, ‘cik abang’ ni sanggup hantar hingga ke asrama.  Huhuhu….syahdunya, tidak payah menapak.  Jauh juga hendak menapak ke dalam tu…tambah pula badan sudah penat ni.

        “Susah apa pula, kan saya yang ajak.  Nah kunci kereta, siapa nak bawa ni?”  selamba sahaja Tengku Isma Danish menghulurkan kunci keretanya.   Saja hendak tenguk, hendak menduga, sejauh mana kemahiran memandu gadis-gadis ini.

        “Bagi Nisha bawa…”  tiba-tiba Danisha Khalida yang sedari tadi membisu, bersuara.  Kunci kereta di tangan Tengku Isma Danish diambilnya.

Tengku Isma Danish mengjungkitkan keningnya.  Uiks….dalam diam, berani juga minah ni.  Sebenarnya, dari tadi dia memang asyik mencuri pandang perilaku Danisha Khalida.  Sedap nama tu.  Hatinya rasa berkenan sangat.  Orangnya cukup manis.  Suaranya lembut.  Tidak banyak cakap, tapi cukup murah dengan senyuman.  Masa dia memeluk tiang tadi, Tengku Isma Danish rasa lucu sangat.  Ada ke peluk tiang.  Tetapi mujur juga tidak dipanjatnya tiang itu.  Heheheh, lawak sungguh.  Kan ada baiknya peluk dia sahaja.  Gatal pula hati Tengku Isma Danish hari ini.  Merapu semacam sahaja.

        “Nisha….kau biar betul…kau ada lesen ke?  Aku tidak pernah tenguk kau memandu pun…”  Zakiah sudah mula cuak.  Danisha Khalida senyum.  Saja menambah gundah hati Zakiah.  Ambik kau!  Ingat kau sahaja yang tahu berangan.  Sudah lama Danisha Khalida berhajat hendak memandu BMW.  Hari ini, pucuk dicita ulam mendatang….rebut saja peluang yang diberi ini.  Entah bila lagi berpeluang dipelawa begini.  Heheheh.
        “Tidak pernah memandu bukan bermakna aku tak pandai bawa kereta.  Aku cuma tak ada kereta, macam kaulah juga.  Kau duduk kat belakang, doa panjang-panjang semoga kita selamat sampai ke asrama, faham?”  Selamba sahaja Danisha Khalida menjawab.

        “Ai, ai mem…..”  Zakiah dan Tengku Isma Danish tergelak serentak.

        “Sudah…sudah,  jangan bergaduh pula.  Jom.”  Tengku Isma Danish tidak mahu membuang masa lagi.  Dia ambil keputusan untuk menanggung sebarang risiko.  Jangan mereka bertiga cedera, sudahlah.  Kereta kemek, tidak menjadi hal, jangan orangnya yang kemek.  Itu susah sikitlah.  Kurang duit hantaran nanti.  Hahaha.

        “Beb!, kereta aku ni mahal tau…kau bawa elok-elok..”  Zakiah dah mula buat perangai lagi.  Tengku Isma Danish ketawa.  Memang lucu budak-budak berdua ni.

        “Kau diamlah.  Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?”  entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu.  Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

        “Ye…betul tu Nisha.  Culiklah saya.  Saya rela…”  bergurau pula Tengku Isma Danish.  Pecah berderai ketawa mereka bertiga.  Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini.  Rajin pula melayan budak-budak berdua ni.  Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah meraka berdua.

        “Hah…kau tunggu apa lagi Nisha, startlah kereta tu, beta dah panas ni…”  Zakiah yang duduk di bahagian belakang memberi arahan apabila di lihatnya Danisha Khalida berdiam diri sedari tadi.  Sudahlah aku lenjun berjoging tadi, ni nak di saunanya pula aku dalam kereta ni.

        “Kuncinya mana encik Danish?”  Danisha Khalida tadah tangannya  meminta kunci.

        “Laaa, kat tangan awak tu kuncilah.  Kan dah ambil tadi?” Tengku Isma Danish sembunyikan senyuman yang sudah hendak terukir dibibirnya.  Jangan ketawa aku terburai, sudahlah.  Malu Danisha Khalida nanti.

        “Neh kunci? Ni macam alarm je.”  Danisha Khalida macam tidak percaya.  Dibelek-beleknya kunci yang diberikan oleh Tengku Isma Danish.  Encik Danish ni bergurau ke?  Tidak pernah tenguk kunci kereta macam ni pun.

        “Ermmm ni kunci fesyen baru.  Nisha masukkan kat situ.  Than Nisha tekan benda bulat yang tulis start tu.  Try…”  Tengku Isma Danish faham sekarang.  Danisha Khalida tidak pernah memandu kereta mewah, sebab itu dia tidak tahu kereta itu tidak menggunakan kunci seperti kereta biasa.  Tetapi Tengku Isma Danish rasa kagum juga, gadis ini berani.  Selamba sahaja dia mengajar Danisha Khalida.  Tidak berniat pun hendak berlagak.  Tengku Isma Danish andaikan Danisha Khalida tidak biasa dengan keretanya.

Ah…malunya.  Tadi berlagak berani sangat, kini Danisha Khalida rasa mengelabah pula.  Injin kereta dihidupkan.  Rasa gementar bila mendengar gauman injin kereta  mewah itu.  Mantap, padat bunyinya.  Tidaklah terhegeh-hegeh macam kereta ibu Nafsiah.  Hehehe….kutuk kereta ibu pula.  Itulah kereta yang banyak berjasa kepadanya.   Nanti kena minta maaf dengan ibu.  Jahat betul mulut ni.  Ampun ibu….heheheh.

        “Selesakan diri Nisha, tenguk ‘side mirror’ tu suai tak dengan pandangan Nisha..” Tengku Isma Danish memberi sedikit panduan.  Dia sudah bersedia untuk menempuh apa sahaja keadaan yang akan datang.  Bak kata orang, redha sahajalah.  Dalam hati, Tengku Isma Danish berdoa juga.  Hehehe.  Ada juga rasa gementar tu, bukan tidak ada.  Saja tunjuk lagak macho.

        “Encik bawalah, Nisha rasa takut pula.  Kan rosak kereta encik.”  Danisha Khalida berterus terang.  Ini bukan masanya hendak menunjuk berani.  Masuk gaung nanti baru padan muka.

        “Cubalah.  Rosak, baikilah, apa susah?”  Tengku Isma Danish cuba menenangkan Danisha Khalida.

        “Itulah yang susah, tak cukup duit nanti nak baiki kereta mahal macam ni.  Nisha gurau je tadi, nak melayan minah yang dah lena tu…” Danisha Khalida sempat kerling Zakiah yang dah terlentok dikerusi belakang.  Dalam kelam kabut nak hidupkan kereta, dia boleh lena pula.  Pantang jumpa ‘aircond’ betul minah ni.

Tengku Isma Danish bertukar tempat duduk dengan Danisha Khalida.  Jujur betul gadis ini.  Jarang dia bertemu dengan gadis sejujur ini dalam kehidupannya.  Tengku Isma Danish rasa dia boleh percaya pada gadis ini.  Walaupun mereka baru sahaja berkenalan, tetapi dia dapat melihat sinar ikhlas dalam mata gadis yang satu ini.  Tengku Isma Danish ubah kedudukan ‘side mirror’nya agar dia dapat melihat wajah Danisha Khalida dengan lebih jelas.

        “Nisha tahun berapa sekarang ni?”  Tengku Isma Danish cuba  mengenali Danisha Khalida dengan lebih mendalam.  Inilah peluang yang dia ada sementara minah becok di belakang tu lelap.  Sudah terjaga nanti, dia sahajalah yang akan bercakap, Danisha Khalida hanya melemparkan senyuman sahaja.  Itu yang tidak sedap tu.

        “Tinggal satu tahun je lagi encik Danish.”

        “Oh…senior rupanya.  Ermmm senior pun masih boleh tinggal kat dalam ek? Zaman saya dulu, bila dah senior, pandai-pandailah bungkus.” Tengku Isma Danish bercerita, sambil mengingati kesah silamnya.  Dia pun ‘student’  UM juga dulu.  Kemudian sambung buat master dan Phd di London.

        “Nisha ni susah, sebab tu dapat duduk dalam sampai habis.” Perlahan sahaja Danisha Khalida menerangkan kedudukannya.  Cukuplah setakat itu sahaja encik Danish tahu tentang hidup silamnya yang cuba dilupakan.

        “Ye lah tu….setahu Danishlah…orang-orang yang bijak pandai sahaja yang berpeluang duduk dalam sampai habis.  Danish rasa, Nisha ni bijak.  Betul tak?” ewah, dari saya sudah bertukar jadi Danish pula.  Macam hendak mengayat sahaja ni.  Memang hendak mengayat pun.  Entah kenapa, hati terasa macm muda pula.  Hehehe.

        “Panggil saya Danish, atau Dee.  Atau lebih senang abang.  Janganlah berencik-encik. Rasa macam duduk dalam pejabat pula.”  Entah kenapa, Tengku Isma Danish rasa selesa berbual-bual dengan Danisha Khalida.  Danisha Khalida ni nampak macam gadis yang cukup matang walaupun mukanya macam budak-budak.  Awek muda minah ni.

        “Abang, berhenti kat tepi ni ajelah.  Nisha boleh menapak ke dalam.” Danisha Khalida menunjukkan ke arah pokok besar di tepi jalan berhampiran dengan pintu gerbang universitinya. Danisha Khalida kejutkan Zakiah yang lena ditempat duduk belakang.  Amboi, sedap betul tidur.   Penat benar ke?

        “Tak apa, abang hantar ke dalam terus.  Kita minum kat café sekejap ye?  Dah lama abang tidak masuk ke dalam kampus ni.”  Tengku Isma Danish buka cermin tingkap keretanya, meminta kebenaran dari pengawal untuk menghantar ‘adik’nya ke dalam.  Pas belajar Danisha Khalida  ditunjukkan sebagai bukti ‘adik’nya salah seorang pelajar kampus itu.

        “Kami betul-betul dah susahkan abang,kan?”  Danisha Khalida rasa tidak selesa apabila direnung oleh pak cik pengawal tadi.  Tetapi yang hairannya, sedari awal tadi, dia cukup tidak kesah dengan kehadiran Danish.  Usikan dan gurauan Danish tidak pula dirasa seperti lelaki miang.  Macam adik dengan abang sahaja.

        “Susah apanya.  Abang rasa jogging hari ni paling ceria dalam hidup abang.  Boleh tenguk orang panjat tiang, posing kat kereta abang…macam-macamlah.  Abang jarang gelak tau, tapi hari ini, dah jadi satu sejarah.”  Tengku Isma Danish meluahkan perasaannya dengan jujur.  Memang sudah lama dia tidak ketawa begini.  Sejak Rozita buat perangai, hidupnya terasa hambar sekali.  Sakitnya hati, tidak dapat hendak diluahkan.  Semua kepahitan ditelannya sendiri.  Salah dia juga, tidak mendengar tegahan bondanya.

        “Weh, weh…jangan nak menyindir pula….”tiba-tiba Zakiah bersuara dari belakang.  Hantar isyaratlah tu, dia sudah bangun.  Ketawa mereka bertiga bergema dalam kereta itu.